Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Penternakan Ikan Keli Kanvas Beri Manfaat Besar kepada Komuniti

By 19 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Aula Nik Soh

KUALA KRAI, 19 Feb (MalaysiaAktif) – Penternakan ikan keli menggunakan kanvas memberi impak positif kepada komuniti, terutama dalam aspek ekonomi, sosial dan kelestarian alam.

Usaha ini bukan sahaja membuka peluang menjana pendapatan tetapi juga membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

Majlis Perasmian dan Pelancaran Projek Ikan Keli dalam Kanvas.

Seorang peserta Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) Adnan Mat Yassin, 61, dari Kampung Kuala Pertang, berkata program ini sangat membantu komuniti memperoleh pendapatan tambahan melalui hasil jualan ikan keli.

“Penternakan ikan keli membolehkan kami meningkatkan taraf hidup, membiayai pendidikan anak-anak serta memenuhi keperluan asas,” katanya.

Adnan, menekankan bahawa ikan keli merupakan sumber protein yang murah dan berkualiti, sekali gus membantu meningkatkan tahap pemakanan komuniti, terutamanya di kawasan pedalaman yang berpendapatan rendah.

“Dari segi kelestarian alam, kolam kanvas dianggap lebih terkawal dan mesra alam kerana ia meminimumkan pencemaran yang mungkin berlaku di kolam tanah. Air yang digunakan juga boleh dikitar semula untuk pengairan tanaman, menjadikannya lebih lestari.

“Penternakan ikan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu tetapi juga mencipta kesan domino yang positif kepada keseluruhan komuniti,” katanya.

Majlis Perasmian Projek Ikan Keli dalam Kanvas oleh Mohd Shukri Ishak.

Menurut beliau, penternakan ikan keli menggunakan kanvas memerlukan modal lebih rendah berbanding kolam simen atau tanah, menjadikannya lebih mudah diusahakan, termasuk oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya lagi, selain manfaat ekonomi, penternakan ini juga boleh dijalankan secara berkelompok menerusi amalan gotong-royong, sekali gus mengeratkan hubungan dalam komuniti serta mewujudkan sokongan sosial yang lebih kukuh.

“Penggunaan ruang yang efisien dan pemasangan kanvas yang mudah menjadikannya sesuai untuk penduduk bandar yang tidak mempunyai kawasan luas seperti kolam tradisional,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda