
Laporan/foto: Rose Ryqal (Klang)
KLANG, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Inisiatif Jawatankuasa Peguam Selangor untuk mengadakan Majlis Penyerahan dan Sumbangan Pokok-Pokok Teduhan di Mahkamah Klang sebagai simbolik pada hari ini diharapkan menjadi contoh di mahkamah lain.

Penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan.
Ini kerana, kesibukan pihak peguam, hakim serta majistret dengan kes-kes yang perlu dibicara setiap hari diharapkan tidak menganggu rasa tanggungjawab untuk menjadikan kawasan mahkamah sebagai lokasi yang menceriakan dan selesa untuk dikunjungi.
Menurut Pengarah Mahkamah Selangor Datuk Mohd Nasir Nordin, ia merupakan permulaan untuk banyak lagi sumbangan yang sama oleh Jawatankuasa Peguam Selangor supaya semua kompleks mahkamah di seluruh Selangor menjadi lebih teduh daripada terik matahari dan sejuk mata memandang.
Pokok-pokok yang disumbangkan adalah jenis bucida, sejenis pokok tinggi, berdaun lebat dan melebar.

Sesi bergambar bersama semua pihak yang menjayakan program ini.
“Atas nama pengarah saya sangat menyokong usaha ini.
“Pengunjung ke mahkamah akan merasa lebih selesa,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan upacara simbolik penanaman pokok bucida oleh Pengarah Mahkamah Selangor Mohd Nasir Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Selangor M.K. Thas dan Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Diraja Klang Azzura Zainal.
-ZS-