Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Sentiasa Peka Dan Berwaspada Dengan Pencuri Data Peribadi

By 10 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/ Denny Asip (Sarawak)

BAU, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Komuniti Madani Kampung Peninjau Baru dinasihatkan supaya sentiasa peka dan berwaspada dengan pencuri data peribadi yang semakin licik dengan mengambil tahu pengetahuan yang berkaitan agar maklumat diri terpelihara dan sentiasa mengamalkan budaya berhati-hati ketika berurusan dalam talian.

Desmond mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan perancangan aktiviti 2025 Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru.

“Sebagai langkah berwaspada berdepan cabaran ini, kita Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru disaran jangan kongsi info peribadi sesuka hati dan semak kesahihan sebelum kita klik atau beri maklumat serta ambil tahu ilmu yang berkaitan agar maklumat diri terpelihara,” kata Ketua Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru, Desmond Andrin Aloi, 67, sebaik sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru di dewan kampung tersebut pada Sabtu.

Tambahnya, sendiket penipuan kini menggunakan pelbagai cara seperti menyamar melalui e-mel palsu untuk mencuri data peribadi kita.

Katanya lagi, mengamalkan budaya sentiasa berhati-hati ketika berurusan dalam talian supaya kita tidak menjadi mangsa penipuan data peribadi adalah penting.

JAPEN Bau mengendalikan ‘hands on’ AIFA Chatbot bersama Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru di sini kemarin.

Terdahulu Desmond bersama ahli-ahlinya menyambut baik pendekatan JAPEN Daerah Bau yang melaksanakan ‘Hands on AIFA Chatbot’ melibatkan penyertaan Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru sebagai usaha menangani berita palsu dalam talian yang boleh kebimbangan kepada komuniti jika tidak ditangani dengan bijak dan betul.

Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman dan Pegawai Penyelaras Komuniti MADANI berkesempatan berkongsi maklumat dan berita inisiatif dan isu-isu semasa menerusi taklimat isu-isu semasa sempena mesyuarat berkenaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda