Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Memasak Bubur Lambuk Eratkan Hubungan Kejiranan

By 9 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Arul Perumal (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Aktiviti memasak bubur lambuk yang diadakan di Taman Sri Bernam di sini kelmarin berjaya mengeratkan hubungan kejiranan penduduk yang berbilang bangsa.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Bagan Datuk Raja Safeera Raja Ibrahim, aktiviti tersebut diadakan sempena Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan yang dilaksanakan serentak diseluruh negara.

“Melalui aktiviti ini kita berharap hubungan antara penduduk dan agensi akan terjalin serta berkekalan selamanya,” ujarnya ketika ditemu bual.

Sementara itu Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Bernam Abdul Aziz Shukur, berkata aktiviti memasak pada hari tersebut diketuai oleh KRT Taman Sri Bernam dengan kerjasama penduduk tempatan.

“Bubur lambuk yang siap dimasak akan dibungkus dan diagihkan kepada penduduk disekitar Taman Sri Bernam dan Taman Ehsan.

“Kita berharap, semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang ditunjukkan semua penduduk akan terus berkekalan.

“Aktiviti ini bukan sahaja menyatukan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama tetapi juga melambangkan keharmonian dan perpaduan kaum yang hidup di negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berpelembagaan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda