Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Lebih 3,000 Peserta Sertai Acara Larian Amal Meow Autism 2025

By 5 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ Foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 15 Apr (MalaysiaAktif) –  Lebih 3,000 peserta telah menyertai acara larian amal Meow Autism Run 2025 di Perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi kelmarin.

Meow Autism Run 2025 anjuran Pertubuhan Autistik Kuching (KAA) merupakan edisi ke-8 dan acara tersebut  telah berjaya mendapat sambutan hangat.

Pelepasan disempurnakan oleh Menteri Wanita , Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Nancy Shukri ( tiga kanan) dan Ryan Jee (dua kanan) kelmarin.

Menurut Ketua Penganjur Meow Autism, Ryan Jee berkata, kejayaan Meow Autism Run menjadi sebagai salah satu acara komuniti yang ikonik di Kuching tidak boleh dipisahkan dengan dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh semua Warga KAA.

Tambah Ryan lagi, beliau juga berharap acara Meow Autism Run bukan sahaja boleh dijadikan sebagai platform yang signifikan untuk memberikan peluang kepada khalayak ramai lebih mendekati dan memahami warga komuniti dalam spektrum autism tetapi yang lebih penting lagi menerima mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat.

Nur Fauzurana menyambut baik penganjuran program tersebut bagi memupuk minat bersukan dalam kalangan pelajar.

Menurut Nur Fauzurana Arisha Abdullah, 42, Pegawai Pengambilan Pelajar di Kolej Universiti i-CATS, Autism Run 2025 memberi semangat yang baik untuk kalangan generasi yang baru, khasnya kalangan pelajar yang kurang bersukan, dengan adanya program ini dapat memberi semangat untuk mereka bersukan.

Acara larian ini berlangsung dalam dua jarak iaitu tiga dan lima kilometer yang disertai seramai lebih 3,000 orang tersebut termasuklah 200 kanak-kanak autistik dan ahli keluarga.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda