Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPerak

Kem Kepimpinan Serlah, Asah Bakat Peserta

By 11 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Hasbella Hasim (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 14 Apr (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Kelab Malaysiaku: Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Merchu Tahun 2025 bertujuan melahirkan pemimpin yang berkebolehan dalam pelbagai aspek.

Kem kepimpinan latih pelajar untuk tampil berani ke hadapan.

Menurut penyelaras program Jamaliah Awang Ludin, 42, program tiga hari dua malam ini disertai 60 pelajar terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pemimpin rakan sebaya dan exco asrama.

“Besar harapan para guru untuk melihat mereka tidak lagi menjadi pelajar yang pasif, sentiasa lebih bersedia untuk memberi arahan, berani menyampaikan maklumat dan yakin sebagai seorang pemimpin yang berani untuk ke hadapan.

“Saya juga melihat Jabatan Penerangan sebagai sebuah agensi kerajaan yang banyak berkerjasama dan dapat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat ini,” katanya ketika ditemui di Aina Riverside Homestay, Kampung Lembah Sayong, di sini kelmarin.

Sementara itu, peserta Muhammad Amir Muzaffar Mohd Tarmizi, 15, meluahkan rasa gembira biarpun ini bukan kali pertama dia menyertai program sebegini.

“Bagi saya, penting untuk kita sentiasa perbaiki diri dan menambah ilmu yang ada bagi memantapkan lagi prestasi diri selain berkongsi ilmu yang diperolehi bersama rakan-rakan yang lain,” kongsinya.

Bahan penerbitan Jabatan Penerangan turut diedarkan kepada peserta program.

Pendapat sama turut disokong rakan peserta Noor Farzana Aliah Noor Khairul Ariffin, 15, yang beranggapan program ini merupakan satu program yang membina.

“Kita dapat serlahkan bakat yang ada di samping mengasah lagi skil (kemahiran) tersebut dengan bantuan mereka yang lebih pakar seperti mana ilmu pengacaraan yang disampaikan oleh Pejabat Penerangan hari ini,” ujarnya.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Tuan Saiful Bahari Tuan Ismail yang menyampaikan ceramah mengenai Pengendalian Majlis (Juruacara Majlis) serta Protokol dan Etika dalam Majlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda