
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam / FB Ketua Menteri Melaka (Melaka Tengah)
MELAKA, 27 Apr (MalaysiaAktif) – Bertemakan “Tinggalkan Legasi Anda” menjadi pendorong utama kepada penganjuran Konvensyen 63 Multiple District 308 (MD 308) Lions 2025 bertempat di Encore, Melaka di sini, semalam.

Simbolik perasmian oleh Ketua Menteri Melaka
Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh ini telah menghimpunkan 1,500 delegasi yang terdiri dari Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina dan juga negara lain.

Antara delegasi yang hadir
Menurut Ab Rauf, kerajaan negeri sentiasa menyokong sepenuhnya inisiatif serta komitmen yang ditampilkan oleh Lions Club dalam bidang sosial mahupun pembangunan inklusif yang mana diilhamkan oleh nilai – nilai integriti tanpa mementingkan diri sendiri.
“Mewakili kerajaan negeri, kami berharap dapat terus memperkenalkan tradisi warisan kebudayaan Melaka melalui kepelbagaian etnik selaras dengan Tahun Melawat Melaka 2025/2026.
“Terima kasih kepada semua agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah terlibat secara langsung dalam penganjuran ini disamping menjadikan satu kerjasama yang baharu antara dua legasi,” ujarnya.
-AA-