
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad, Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)
KOTA SETAR, 27 Apr (MalaysiaAktif) – Kira-kira 300 orang telah menghadiri sambutan Hari Raya di Masjid Al-Hidayah Taman Nuri, di sini semalam.

Ucapan oleh Setiausaha Ketua Komuniti Madani mewakili ketua Komuniti MADANI
Setiap tahun, majlis sambutan hari raya ini tidak pernah dilupakan. Pelbagai juadah yang disediakan untuk penduduk Taman Nuri.
Program anjuran bersama Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar berlangsung dengan meriah.

Pemberian duit raya
Masyarakat dapat mengeratkan hubungan tanpa mengira agama dan bangsa.
Anwar Fikri, Setiausaha Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar, berkata walaupun hujan, penduduk Taman Nuri masih bersemangat untuk datang dan meraikan Sambutan Hari Raya bersama.
“Sambutan ini turut mengangkat nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu keadilan, ihsan, hormat, kebersamaan dan kasih sayang sebagai asas pengukuhan ukhwah dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.
Program JIWA@Komuniti MADANI bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan masyarakat setempat melalui sambutan perayaan, malah juga sebagai penyebar maklumat dan informasi yang sahih.
-AA-