
Laporan/foto: Zayana Isa/Kolej Matrikulasi Pahang
KUANTAN, 27 Apr (MalaysiaAktif) – Para pelajar perlu mempunyai jati diri yang kukuh dan sentiasa mempunyai keyakinan diri.

Syamsul Debat ketika menyampaikan ceramah di Kolej Matrikulasi Pahang
Demikian antara petikan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat ketika menyampaikan ceramah Forum Bicara Syawal: Membina Harga Diri, Menjaga Martabat Ummah di Kolej Matrikulasi Pahang, di sini, kelmarin.

Jati diri seseorang mampu memberi kekuatan rohani
Menurut Pengarah Program yang juga merupakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Nur Batrisyia Shariful Emran, 19, banyak ilmu baharu yang beliau dan rakan-rakan perolehi semasa forum ini berlangsung.
“Setiap individu perlu mempunyai matlamat hidup yang jelas kerana dengan adanya matlamat seseorang itu akan berusaha untuk mencapainya,” katanya.
Turut hadir, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Latiza A Latif.
-AA-