Skip to main content
HomeViral

Polis Tingkat Keselamatan Sambutan Hari Malaysia

By 13 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PETALING JAYA: Polis akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan di seluruh negara bagi menangani sebarang ancaman keganasan semasa sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa bersedia untuk sebarang ancaman “sama ada dari Daesh (nama lain kumpulan militan IS) atau mana-mana kumpulan lain”.

“Semua pegawai dan anggota polis telah diarahkan untuk bersedia,” kata Khalid selepas sambutan Aidiladha di Bukit Aman pada Selasa.

Dalam perkembangan berasingan, Khalid berkata, tahap keselamatan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Ibrahim Ansar telah dipertingkatkan berikutan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4 September lalu.

Khalid berkata, polis masih memburu tiga lagi suspek berhubung kejadian itu.

 

-ms
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda