Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Keperluan Memantapkan Institusi Agama

By 15 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh : Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 15 Nov (Malaysiaktif) – Syarahan Perdana Tok Kenali mengajak umum mengupas isu berkaitan keilmuan Islam yang perlu dimartabat dan didedahkan kepada orang ramai, selain keperluan memantapkan intitusi agama.

Program yang dianjurkan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), dengan kerjasama Pertubuhan Peradaban Melayu Kelantan (Peradaban) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, ini bertujuan menarik minat khususnya rakyat negeri ini mengenali serta mengetahui cabaran umat islam dalam ketamadunan islam di Malaysia.

Menurut Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Haji Nik Mohd Azlan Abd. Hadi, program ini bertujuan menyampaikan gagasan idea bagi pembangunan intelektual masyarakat supaya pembentukan modal insan dapat direalisasikan.

Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhamad Yusof Ahmad, seorang ulama tersohor cukup sinonim dalam dunia pengajian Islam khususnya pengajian pondok di negara ini.

Nor Madiha, 17, pelajar dari Maahad Muhammadi Perempuan berkata, syarahan ini memberi semangat dan inspirasi dalam membina akhlak dan ketamadunan Melayu menerusi daya fikir yang teguh.

“Ia juga merupakan satu platform dalam menarik minat khalayak untuk mengetahui secara mendalam tentang cabaran dan perkembangan tamadun ilmu dan islam di Malaysia,” ujarnya lagi.

Menurut Zawawi Ishak, 42, program ini dapat memberi pendedahan kepada khalayak tentang keperluan memartabatkan institusi keagamaan yang menjadi pemangkin modal insan kearah perpaduan bangsa.

 

-SH

Tinggalkan komen anda