Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

KKKT Semarakkan Hari Belia Negara 2026, Perkasa Generasi TVET Berdaya Saing

By 12 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amira Azamli/Izamuddin Jusoh (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Hari Belia Negara (HBN) 2026 terus disemarakkan apabila Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) menganjurkan program Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang berlangsung penuh semangat di Dewan Utama KKKT, semalam.

Suhaimi Yajid ketika ucapan perasmian Program Bacaan Ikrar Belia Malaysia,Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Program yang melibatkan pelajar serta warga kolej itu menjadi simbol komitmen institusi pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berkemahiran tinggi dan bersedia memimpin masa depan negara.

Lafaz Ikrar Belia Malaysia dipimpin Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Mohd Fadhil Aimin dengan penuh semangat patriotisme dan penghayatan jati diri, menggambarkan iltizam golongan belia dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh peranan mereka sebagai agen perubahan yang mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan kemajuan negara.

Pengarah KKKT Suhaimi Yajid, berkata golongan belia merupakan aset strategik negara yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan hala tuju Malaysia pada masa hadapan.

Pengurusan tertinggi kolej bersama pelajar di Program Bacaan Ikrar Belia Malaysia.

Menurut beliau, belia khususnya dalam bidang TVET perlu terus memperkukuh kemahiran, meningkatkan daya inovasi serta memanfaatkan peluang pendidikan yang tersedia bagi memenuhi kehendak industri dan pembangunan negara.

“Belia hari ini bukan sekadar pewaris kepimpinan masa hadapan, malah merupakan penggerak utama pembangunan negara.

“Melalui pendidikan TVET di bawah ekosistem Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), generasi muda mampu menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bukan sahaja memenuhi keperluan industri, tetapi turut berupaya mencipta peluang pekerjaan dan membawa perubahan kepada masyarakat,” katanya.

Penganjuran program ini juga dilihat mampu menyuntik semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta membina keyakinan generasi muda untuk menjadi pemimpin masa depan yang progresif dan berdaya tahan.

-RI

Tinggalkan komen anda