Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pesta Babulang, Lumba Kerbau Bukti Kekuatan Perpaduan Komuniti Bisaya

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman (Limbang)

LIMBANG, 7 Jun (MalaysiaAktif) – Pesta Babulang, Lumba Kerbau Edisi Ke-21 Tahun 2026 di Batu Danau berjaya menarik kehadiran pengunjung dari seluruh Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam bagi mengangkat warisan budaya etnik Bisaya, merancakkan ekonomi komuniti luar bandar.

Pesta anjuran Persatuan Bisaya Sarawak yang berlangsung dari 5 hingga 7 Jun itu memamerkan keunikan warisan budaya, memperkukuh perpaduan komuniti, memperkenalkan tradisi tempatan kepada generasi muda.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah membacakan teks ucapan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.

“Sebab itu apabila kita menyaksikan lumba kerbau hari ini, kita sebenarnya sedang menyaksikan sejarah, warisan masyarakat Bisaya yang harus terus dipertahankan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Nakod Babulang di Dewan Kebudayaan Bisaya Sarawak, di sini semalam.

“Dalam dunia yang semakin moden hari ini, kita tidak boleh membiarkan budaya hilang ditelan zaman,” katanya lagi.

Menurut Abang Johari, pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak turut memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar termasuk di Limbang melalui pelaksanaan pelbagai projek strategik.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir memeriahkan Malam Kebudayaan, Pementasan kelmarin.

“Pesta Babulang bukan sahaja mengangkat identiti, kebanggaan etnik Bisaya tetapi juga turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi luar bandar melalui pelancongan budaya,” jelasnya.

“Pesta ini amat signifikan sebagai pemeliharaan warisan budaya selain pemangkin ekonomi pelancongan, simbol perpaduan bagi masyarakat Bisaya di Limbang,” tambahnya.

Menurut Awang Tengah, penganjuran pesta tersebut penting dalam memastikan tradisi turun-temurun masyarakat Bisaya terus diwarisi oleh generasi muda, dikenali masyarakat luar.

Majlis turut diserikan dengan acara simbolik membuka Dulang Pagar sebagai tanda pembukaan rasmi pesta, diikuti Jamuan Nakod Babulang, Pertandingan Lumba Kerbau, Pertandingan Kerbau Berhias.

-RJ-

Tinggalkan komen anda