
Laporan/foto: Sumardi Sugiman (Limbang)
LIMBANG, 7 Jun (MalaysiaAktif) – Peserta Seminar Pengurusan Kewangan Keluarga Islam di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini didedahkan dengan aspek pengurusan kewangan patuh syariah meliputi zakat, wakaf, ibadah haji sebagai panduan membina kesejahteraan keluarga.
Seminar anjuran bersama Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Tabung Haji, Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) itu bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai pengurusan kewangan yang selari dengan tuntutan syarak.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail hadir merasmikan program tersebut.
“Zakat, wakaf bukan sahaja berperanan dalam membasmi kemiskinan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial, ekonomi masyarakat Islam,” katanya.
“Manakala ibadah haji pula mengajar kita nilai perancangan, kesabaran, pengurusan sumber dalam mencapai matlamat yang lebih besar,” katanya lagi ketika ditemui pada seminar berkenaan, di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, pengisian seminar telah membuka minda peserta tentang bagaimana Islam memberi panduan menyeluruh dalam aspek kewangan peribadi, kekeluargaan.
Beliau turut memaklumkan JTPIL telah merancang pelbagai program sepanjang tahun ini bagi terus menyemarakkan syiar Islam di daerah Limbang.
Antara program yang bakal dilaksanakan ialah Seminar Wanita, Keluarga, Ceramah Perdana, sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Festival Kesenian Islam, kejohanan badminton melibatkan jabatan, masjid, surau.
-RJ-




