Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Projek Infrastruktur Strategik Diluluskan Untuk Miri

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamri Mohamad (Miri)

MIRI, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Beberapa projek pembangunan utama di Miri telah mendapat kelulusan bagi memperkukuh kemudahan infrastruktur serta menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelancongan bandar raya ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata projek yang diluluskan itu melibatkan naik taraf Lapangan Terbang Miri, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta Hospital Umum Miri.

Menurut beliau, pelaksanaan projek-projek berkenaan dijangka meningkatkan kemudahan awam, memperkukuh sektor pelancongan dan merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

“Sejak enam bulan lalu, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan industri pelancongan di Miri terus berkembang dan berdaya saing.

“Pelancongan bukan sahaja memberi manfaat kepada industri perhotelan, malah turut membuka peluang kepada pengusaha makanan dan minuman, pembekal, peniaga tamu serta perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita 2026 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan FORUM, Jalan Padang Kerbau, semalam.

Chiew berkata Miri mempunyai kelebihan tersendiri menerusi gabungan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya serta kemudahan bandar yang lengkap.

“Usaha memperkenalkan serta menjenamakan semula lokasi pelancongan sedia ada merupakan langkah strategik untuk menarik lebih ramai pelawat dari dalam dan luar Sarawak,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda