
Laporan/foto: Boniface Watt Su/Ignatius Golen Sugai (Pakan)
PAKAN, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Penganjuran Pakan Agrofest 2026 menjadi landasan memperkenalkan inovasi serta pendekatan pertanian moden kepada masyarakat setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom berkata Pakan Agrofest bukan sahaja mempromosikan industri pertanian, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan sektor tersebut sebagai pemacu ekonomi.
Menurutnya, program itu turut menjadi medan yang menghubungkan petani, usahawan tani, pelabur, agensi kerajaan dan masyarakat umum bagi memperkukuh jaringan kerjasama.
“Program sebegini mampu menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor agroindustri serta membuka ruang kepada agropreneur tempatan untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu yang lebih menguntungkan,” katanya ketika menyempurnakan program tersebut semalam.
Sementara itu, Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat berkata penganjuran program berkenaan bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hala tuju pembangunan terkini.
-RJ-




