Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

FAMA Bantu Pasarkan Hasil Durian Cameron Highlands

By 5 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Muiz/Sunito Ngah Man (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 25 Jun (MalaysiaAktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Cameron Highlands terus komited membantu memasarkan hasil durian tempatan kepada pengguna.

Pegawai FAMA Cameron Highlands Afzamry Nur Mohamed berkata selain menjadi kegemaran masyarakat tempatan, durian turut mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berpotensi meningkatkan pendapatan pengusaha serta pekebun tempatan.

Beliau berkata kehadiran pelbagai varieti durian di pasaran juga memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menikmati keenakan raja buah tersebut.

“Permintaan terhadap durian sentiasa meningkat setiap kali musim durian tiba, sekali gus membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan hasil tanaman mereka dengan lebih meluas.

“Usaha FAMA dalam membantu aspek pemasaran turut memberi manfaat kepada pekebun dengan memastikan hasil pertanian mereka dapat dipasarkan secara lebih berkesan kepada pengguna,” katanya pada program jualan berkenaan, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata jualan pada hari pertama mencatatkan sebanyak 800 kilogram durian berjaya dijual, manakala pada hari kedua jualan meningkat kepada 1.5 tan.

“Peningkatan ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap durian tempatan.

“Keadaan ini membuktikan bahawa durian kekal menjadi pilihan utama pengguna serta mampu memberikan pulangan yang baik kepada para pekebun dan pengusaha tempatan,” katanya.

Tinggalkan komen anda