Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

4,257 Pengundi Awal Polis Johor Tunaikan Tanggungjawab Mengundi

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 7 Jul (MalaysiaAktif) – Seramai 4,257 pengundi awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Johor telah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat jam 10.30 pagi tadi, iaitu 36.3 peratus daripada keseluruhan pengundi awal PDRM di negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata proses pengundian awal yang turut melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di 53 pusat pengundian awal berjalan lancar tanpa sebarang insiden atau aduan yang boleh menjejaskan kelancarannya.

Beliau berkata kebanyakan pusat pengundian awal beroperasi di ibu pejabat polis daerah (IPD) yang terlibat.

Bagi pengundi awal PDRM, sebanyak 12,067 orang akan mengundi secara fizikal di pusat yang ditetapkan.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan atau insiden yang boleh menjejaskan kelancaran proses pengundian awal,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Menurutnya, peratusan keseluruhan kehadiran pengundi awal hanya akan diketahui selepas semua pusat pengundian ditutup pada 5 petang.

“Polis Johor akan mengeluarkan kenyataan media rasmi selepas tamat proses pengundian yang merangkumi statistik penuh peratusan keluar mengundi serta jumlah kertas siasatan yang dibuka berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sejak hari penamaan calon pada 27 Jun lalu hingga semalam,” katanya.

Ab Rahaman berkata polis akan terus mempertingkatkan pemantauan keselamatan di semua pusat pengundian bagi memastikan proses pengundian awal berlangsung dalam keadaan selamat, aman dan terkawal.

-RI

Tinggalkan komen anda