Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PUSPANITA Yan Perkukuh Tadbir Urus, Rancang Program Berimpak

By 6 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syahida (Yan)

YAN, 7 Julai (MalaysiaAktif) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Daerah Yan komited memperkukuh tadbir urus organisasi serta merancang pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada ahli dan komuniti menerusi pelbagai inisiatif sepanjang tahun ini.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Adila Ahmad berkata, kejayaan setiap program bergantung kepada semangat kebersamaan, komitmen dan kerjasama erat dalam kalangan ahli jawatankuasa.

“PUSPANITA merupakan sebuah platform yang menyatukan ahli untuk terus menyumbang idea, tenaga dan kepakaran.

“Saya berharap kita dapat bergerak seiring sebagai satu pasukan dalam melaksanakan setiap amanah dengan penuh integriti, sekali gus memperkukuh peranan PUSPANITA sebagai organisasi yang aktif, prihatin dan memberi impak positif kepada ahli serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan Bilangan 2 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, di sini hari ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda