Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bengkel Asas Pengacara Majlis Tingkat Keyakinan Pelajar SMK Gual Periok

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Mohd Noor Mahmuddin Mohd Mahlil (Pasir Mas)

PASIR MAS, 8 Jul (MalaysiaAktif) – Bengkel Asas Pengacara Majlis berjaya membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri 30 ahli Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dalam pengucapan awam.

Bengkel selama satu jam 30 minit yang diadakan di Pusat Sumber SMK Gual Periok, di sini hari ini memberi pendedahan mengenai teknik asas pengacaraan majlis, termasuk penyampaian, penggunaan intonasi suara, etika, bahasa badan serta cara mengendalikan majlis rasmi dengan lebih berkesan.

Bengkel selama satu jam 30 minit itu memberi pendedahan asas pengacaraan majlis.

Sepanjang bengkel, peserta menjalankan latihan amali bagi membolehkan mereka mengaplikasikan teknik yang dipelajari sekali gus meningkatkan keyakinan untuk berucap di hadapan khalayak.

Seorang peserta, Nurul Husna Ibrahim Bakri, 15, berkata bengkel tersebut membantu meningkatkan kemahiran pengacaraan majlis.

“Walaupun bengkel ini berlangsung dalam tempoh yang singkat, ilmu yang diperoleh amat bermanfaat dan memberi keyakinan kepada saya untuk menjadi pengacara majlis pada masa akan datang,” katanya.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berani, berketerampilan dan berkeyakinan, selain menjadi platform mencungkil bakat kepimpinan serta kemahiran komunikasi dalam kalangan generasi muda di peringkat sekolah.

-RI

Tinggalkan komen anda