
Oleh Ramli Md Rus (Pendang)
PENDANG, 8 Okt (Malaysiaaktif) — Air dari ban pecah di Kampung Sawa Besar Pendang yang mncurah masuk ke Sungai Korek berhampiran kini menyebabkan banjir di kawasan persekitaran.
Sehingga laporan ini dibuat oleh Malaysiaaktif, kawasan terbabit termasuk, Kampung Hampar Kanan, Kampung Banggol Kambing, Kampung Sukamari ,Kampung Belakang Pendang dan Kampung Hampar Kanan di Mukim Air Putih.
Menurut Penghulu Mukim Mokhtar Ahmad, kesemua mangsa banjir telah dipindahkan dari Dewan Pejabat Penghulu Guar Kepayang ke Dewan Cenderawasih Pendang pada pukul 6.00 petang.
Beliau berkata, sehingga seramai 23 keluarga yang melibatkan 88 mangsa ditempatkan di dewan ini.