Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Johor Ke “Tanjung Pinang International Boat Race 2015″

By 21 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Suhairi Ishak (Johor Bahru)

 JOHOR BAHRU. 21 Okt (Malaysiaaktif) — Seramai 20 pendayung daripada Kontinjen Negeri Johor akan mengejar kejayaan dalam Kejohanan Tanjung Pinang International Boat Race 2015.

Mereka merupakan atlit sukan Perlumbaan Boat Naga Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Johor.

 

sukan kayak

Kontinjen Johor dalam latihan kanu.

 

Kejohanan yang bakal berlangusng pada 23 hingga 25 Oktober di Sungai Carang, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia itu akan disertai oleh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia sebagai penganjur pertandingan.

Ketua Kontinjen Negeri Johor, Mazlan Mearaj  berkata, “Setiap tahun Johor menghantar atlit-atlit berpengalaman disamping atlit muda ke sana. Disamping mengejar kejuaraan, atlit-atlit ini didedahkan dengan pengalaman di peringkat antarabangsa.”

Menurutnya lagi, “atlit negeri Johor pernah menjadi juara keseluruhan Kejohanan Kenu Kebangsaan Ke 13 /2015 di Putrajaya  pada 15 hingga 17 Mei yang lepas.

Para atlit  akan berlepas dari Terminal Feri  Stulang Laut Johor Bahru ke Tanjung Pinang, Indonesia pada  22 Okt 2015 ini.

 

 

Tinggalkan komen anda