Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Saifuddin Yakin Nasib Penggiat Seni Akan Terbela

By 1 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah yakin untung nasib penggiat seni kreatif termasuk perfileman akan diambil kira dalam Pelan Pemulihan Ekonomi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Kerajaan amat memahami masalah yang dihadapi para penggiat filem akibat wabak COVID-19.

“Kita akan teruskan usaha memperkasa industri perfileman negara antaranya dari segi penentuan sasaran khusus, contohnya menuju Anugerah Oscar, audit dan olah semula dana-dana pembangunan dan pengeluaran filem,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video ucapan ulang tahun penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang ke-39 di Twitter hari ini.

Menurut Saifuddin, sejak penubuhan FINAS, ia bergerak seiring dengan evolusi industri filem yang menunjukkan perkembangan progresif.

“Perkembangan itu dari aspek-aspek dasar dan ekosistem teknologi dan inovasi pembikinan dan penontonan yang telah menghasilkan impak kepada pembangunan sosioekonomi dan budaya negara.

“Saya ingin ucapkan tahniah dan selamat ulang tahun penubuhan FINAS ke-39,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda