Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Ibadah Korban Dalam Suasana Norma Baharu

By 3 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ramlen Salleh (Labuan)

LABUAN, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Aktiviti ibadah korban Aidiladha 2020 yang dilaksanakan dalam suasana norma baharu tetap berjalan dengan lancar dan mencapai objektif bagi penduduk Kampung Bukit Kalam, di sini.

Pengerusi Masjid Al-Falah Kampung Bukit Kalam Rahman Jumat, berkata ibadah korban dilaksanakan dengan jayanya meskipun para petugas mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Semua petugas dan peserta ibadah korban terlebih dahulu diberi taklimat khas tentang SOP yang perlu dipatuhi oleh semua sebagai langkah mengelak penularan wabak COVID-19.

“Proses ibadah ini sama sahaja cuma pada tahun ini beberapa langkah perlu dipatuhi seperti menghadkan jumlah petugas, memastikan kepatuhan kepada penjarakan fizikal dan semua diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut,” katanya semasa ditemui pada majlis korban yang diadakan baru-baru ini.

Petugas melapah daging korban tidak melebih had yang ditetapkan.

Petugas melapah daging korban tidak melebih had yang ditetapkan.

Semua peserta juga katanya perlu menjalani saringan suhu badan sebelum dibenarkan berada di kawasan penyembelihan.

“Petugas yang terlibat juga dihadkan kepada 50 orang saja, manakala hanya peserta ibadah korban sahaja dibenarkan hadir, ahli keluarga tidak dibenarkan hadir ke kawasan penyembelihan.

“Pada tahun ini, Masjid Al-Falah Kampung Bukit Kalam menyempurnakan proses penyembelihan sebanyak enam ekor lembu dan dua ekor kerbau hasil penyertaan kariah kampung dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),” jelasnya lagi.

Ibadah korban yang dijalankan selama dua hari itu berjaya mengagihkan daging korban kepada lebih 700 fakir miskin serta penduduk kampung berhampiran.

Mengikut SOP yang ditetapkan,setiap majlis korban menghadkan jumlah haiwan tidak lebih 10 ekor di tempat penyembelihan dan 20 orang petugas bagi setiap haiwan sembelihan.

-SH

Tinggalkan komen anda