Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Perkasa Sektor Pelancongan 2021

By 5 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniza Harun (Melaka)/FB Tourism Melaka

MELAKA, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka telah menyediakan 115 acara pelancongan dengan 14 acara utama bagi merancakkan kembali sektor pelacongan dengan sasaran kehadiran pengunjung seramai 5.6 juta pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkata acara pelancongan utama yang disediakan adalah bertaraf antarabangsa yang bermula pada Januari hingga Disember tahun ini.

“Acara pelancongan utama Melaka dimulakan dengan sambutan Festival Sambutan Tahun Baharu Cina (Chinese New Year Festival) pada 29 Januari hingga 26 Februari dan akan berkahir dengan Melaka Fiesta pada 30-31 Disember nanti.

“Banyak acara menarik lain bakal menyambut kedatangan para pelancong ke Melaka antaranya Melaka Food Fiesta pada 26 hingga 28 Februari, Malakka Dutch Week (13-14 Mac), Raptor Watch 2021 (13-14 Mac 2021), Karnival Warisan Kita 2021 (26-28 Mac) dan Pesta Bunga Melaka yang akan diadakan pada 26 Mac hingga 4 April 2021.

“Selain itu, kami turut mengadakan The 18th Anniversary of Historic Melaka City Council pada 15 April 2020, Fiesta San Pedro pada 26 hingga 28 Jun, 13th Anniversary Of UNESCO World Haritage City Celebration pada 10 Julai, Melaka Fruit Fiesta 2021 (24-25 Julai), Melaka International Air Carnival – KUAM pada 24-26 September, Melaka By The Sea Carnival pada 30-31 Oktober dan lain-lain acara menarik menanti pelancong pada tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Jailani turut mengumumkan Kerajaan Negeri Melaka berbangga dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat e-dagang  bagi menjalinkan perkongsian secara eksklusif dengan penggiat industri pelancongan negeri serta menyokong produk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan produk tempatan dalam tempoh yang mencabar ini.

Menurutnya, seramai 550 usahawan PKS akan didaftarkan secara percuma yang mana pihak syarikat tersebut akan mengetepikan yuran pelesenan dan yuran penyenaraian bagi membantu melonggarkan syarat pendaftaran masuk ke platform e-dagang berkenaan serta memberikan panduan dan latihan pemasaran kepada para usahawan.

Beliau berkata demikian sempena Pelancaran Kalender Acara Pelancongan Melaka 2021 dan Kempen promosi Pelancongan Melaka Bersama Lazada di Auditorium Masjid Al-Azim.

-KN

Tinggalkan komen anda