Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan Peringkat Negeri Terengganu Dilancar

By 20 April 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Kuala Terengganu)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU- 20 April (Malaysiaaktif) – Dianggarkan seramai 258,000 orang bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa kedua di Terengganu yang menyasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas, mereka yang mempunyai penyakit dan orang kelainan upaya (OKU).

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata imunisasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga individu yang tersayang dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita termasuklah ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokthar beramah mesra bersama penerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad Samsuri (kiri) beramah mesra bersama penerima vaksin COVID-19.

“Fasa tiga akan bermula pada bulan Mei ini dan dijangkakan akan berakhir pada hujung tahun 2021 di mana ia melibatkan golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas.

“Program imunisasi menyeluruh ini adalah bertujuan untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya diharapkan dapat menamatkan pandemik COVID-19,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Sains Kreativiti Terengganu, di sini semalam.

Beliau turut mengingatkan bahawa imuniti terhadap jangkitan COVID-19 tidak terhasil dalam masa yang singkat selepas mengambil imunisasi dos pertama ataupun selepas dos kedua.

“Tahap imuniti yang baik mengambil masa beberapa minggu selepas dos kedua diperolehi dan kita perlu sedar bahawa imuniti yang diperolehi daripada suntikan ini bukanlah melindungi diri kita sepenuhnya.

“Bahkan selepas memperolehi imunisasi yang lengkap, seseorang individu masih berpeluang untuk dijangkiti virus COVID-19 tetapi dengan keterukan gejala yang agak kurang dan risiko kematian yang lebih rendah,” katanya.

Lim Khun Teng, 83 antara penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

Lim Khun Teng, 83 antara penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Sains Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata, sehingga 14 April 2021 terdapat seramai 250, 399 orang rakyat Terengganu (29.7%) telah berdaftar dalam MySejahtera berbanding 36.1% untuk seluruh negara.

“Jika mengikut pecahan daerah, empat daerah telah menunjukkan pencapaian melebihi 30% iaitu Kemaman menunjukkan peratusan tertinggi iaitu seramai 44,473 orang (33.6) diikuti dengan Kuala Terengganu 59,713 orang (32.5%), Marang 26,017 orang (32.0%) dan Kuala Nerus 33,161 orang (30.8%),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Alias turut mengingatkan agar ketua jabatan dan pemimpin setempat untuk berusaha meningkatkan peratusan pendaftaran di peringkat daerah masing-masing.

“Lebih ramai yang berdaftar di dalam MySejahtera adalah lebih baik bagi memastikan seramai mungkin rakyat Negeri Terengganu dapat memperolehi imunisasi COVID-19 dan seterusnya mencapai imuniti kelompok pada penghujung tahun ini,” katanya.

Salah seorang warga emas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Salah seorang warga emas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Beliau turut memaklumkan Fasa 2 dan 3 Negeri Terengganu mempunyai beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam yang terletak di setiap daerah dan peringkat permulaan Fasa 2 ini, Negeri Terengganu membuka 3 buah PPV iaitu Pusat Sains dan Kreativiti Kuala Terengganu (PSKT), Dewan Dato’ Seri Amar Diraja, Kemaman dan Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Setiu.

“Manakala untuk bulan Mei dan seterusnya bilangan PPV Awam akan ditambah berdasarkan keperluan dan keadaan semasa,” ujarnya lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda