Skip to main content
Berita TempatanEkonomiSabah

Sinurambi Tambunan Mempesonakan – Nelson

By 9 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Leonard Desmond / Foto: Sam Mansibu (Sabah)

TAMBUNAN, 9 Jan (Malaysiaktif) – Menara tinjau, ‘Sinurambi’ dalam bahasa Dusun amat mempersonakan dan menjadi lokasi pelancongan baharu bagi daerah Tambunan.

Perasmian pembukaannya oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Pembangunan Infratruktur Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan pada Khamis lepas memberikan suntikan kepada sektor pelancongan di Tambunan.

GIMIK PERASMIAN
Pairin memotong reben sebagai simbolik merasmikan menara tersebut.

Pairin memotong reben bagi merasmikan menara tersebut.

 

Pengunjung, Nelson Justin dari Kampung Nambayan berkata ini merupakan lawatan ketiganya ke ‘Sinurambi’ sebelum pembukaan secara rasmi menara tersebut kepada awam.

“Pembinaan menara ini suatu yang baik dan pasti menjadi daya tarikan baharu kepada sektor pelancongan Tambunan, seperti mana destinasi pelancongan di simpang Mengayau di Kudat.

“Ini kunjungan ketiga saya bersama rakan-rakan dan saya cukup terpesona dengan pemandangannya yang indah dan menenangkan ,” katanya.

Terdahulu, ketika perasmian Pairin berkata penduduk di sekitar Tambunan sewajarnya mengambil peluang dengan pembinaan menara ini untuk berusaha meningkatkan ekonomi melalui industri pelancongan.

“Terdapat banyak potensi di kawasan ini sebagai suatu tempat yang menarik, unik dan bersejarah serta lokasi yang belum diterokai bagi tarikan pelancong sama ada dari luar atau dalam negeri.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Logijin berkata pembinaan Menara berharga RM500,000 meliputi Fasa 1 dan 2 ini telah dirancang sejak 2015 atas cetusan idea oleh Pairin sendiri.

“Menara ini merupakan mercu tanda usaha mempromosikan Tambunan sebagai salah satu destinasi pelancong sempena Sambutan Tahun Melawat Tambunan 2017 (VTBN2017).

Jelasnya lagi, pembinaan Fasa 1 yang siap pada Disember lalu memberikan peluang kepada orang ramai, terutama sekali pelancong untuk melihat keindahan daerah yang terkenal dengan jolokan ‘Switzerland of the East’ ini.

Terkenal sebagai jolokan ‘Switzerland of the East’.

Terkenal sebagai jolokan ‘Switzerland of the East’.

 

Tambahnya, dari ‘Sinurambi’ pengunjung dapat menikmati hampir 80 peratus pemandangan sekitar Lembah Tambunan.

“Di sini juga pengunjung boleh merasai udara nyaman dan bersih dengan tiupan angin yang segar dari arah banjaran Crocker, Gunung Trus Madi serta panorama  jelas kemegahan Gunung Kinabalu”.

“Fasa 2 ‘Sinumrambi’ menerapkan reka bentuk bakul pelbagai guna (wakid) dan peralatan pakaian (sirung) sebagai bumbung menara yang bina menggunkan besi dan aluminium berwarna keemasan, hujau, kuning emas dan coklat dengan konsep warna bambu Tambunan,” jelasnya lagi.

Menara setinggi 14 meter ini dilengkapi tiga aras pelantar yang masing-masing mempunyai ketinggian 3 meter, 7 meter dan 9 meter, sementara ketinggiannya dari paras laut dianggarkan kira-kira 877 meter.

 

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda