Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

IPC Buka Peluang Belia Dalam Sektor Automotif

By 9 Januari 2017Januari 17th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh Aishah Latip

KUCHING, 9 Jan (Malaysiaktif) –Seramai 140 pelajar Industry LED Profesional Certificate (IPC) bakal menghadiri program selama enam bulan yang pertama bertempat di Institut Automotif Malaysia (MAI), Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari, MAI merupakan agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditubuhkan untuk pembangunan industri automotif tempatan seperti analisis, cadangan dasar automotif, menguruskan pembangunan tenaga kerja, teknologi dan rantaian bekalan serta menyelaraskan aktiviti selepas jualan.

“MAI ini menawarkan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma untuk menyertai program IPC yang akan diadakan pada Februari dan Mac pada tahun ini,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran IPC Peringkat Negeri Sarawak seterusnya Majlis Jalinan Kasih di Auditorium, Yayasan Sarawak pagi ini.

“Program IPC telah bermula pada 2012 telah melatih hampir 20 ribu pelajar serta menjanjikan 100% peluang pekerjaan dengan gaji lebih tinggi dari pasaran,” jelasnya.

“IPC bertujuan untuk melatih tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran terutamanya dalam tiga bidang iaitu pengeluaran, kualiti dan penyelenggaraan.

Tambahnya, IPC juga diwujudkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di samping mewujudkan golongan berpendapatan tinggi. Program-program yang dijalankan oleh MAI turut bertujuan untuk melahirkan pekerja yang kompeten dalam melaksanakan proses pembuatan berteknologi tinggi dan peserta yang berjaya menamatkan kursus akan mendapat sijil yang diperakui oleh industri automotif.

Di samping itu, melalui Dasar Automotif Nasional pada 2014 telah menyasarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) pada 2020,” jelasnya lagi.

Menerusi Pelan Hala Tuju tersebut, MAI telah memulakan pelbagai program latihan berdasarkan industri dan temu duga bersama industri selepas tamat program latihan.

“Pada 2016, terdapat 25 ribu peluang pekerjaan dalam bidang automotif, dan pada 2017, kami menyasarkan sebanyak 27 ribu peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan dalam bidang automotif ini”, ujar Madani.

Program IPC ini merupakan program pertama yang diadakan di Sarawak sebagai platform terbaik kepada para belia untuk mendapatkan kemahiran seterusnya peluang pekerjaan dalam sektor automotif.

Implikasinya industri automotif negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan menjadi industri yang berkembang pesat malah menjana pendapatan negara yang besar. Peluang pekerjaan sebegini perlulah direbut dengan baik oleh para belia. ?
Sebanyak enam Pelan Hala Tuju telah dirangka bagi menyokong pelaksanaan dasar-dasar di bawah NAP termasuklah Pelan Hala Tuju Pembangunan Modal Insan.

Sementara itu, Puteri Nur Shahirah Mustapha, 21 dari Kuching menzahirkan perasaan gembira sekali kerana terpilih untuk menghadiri program IPC ini dan berjanji kepada diri sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.

Puteri Nur Shahirah Mustapha, 21 dari Kuching menzahirkan perasaan gembira sekali kerana terpilih untuk menghadiri program IPC

Puteri Nur Shahirah Mustapha, 21 dari Kuching menzahirkan perasaan gembira sekali kerana terpilih untuk menghadiri program IPC

“Walaupun kursus ini didominasi oleh kaum lelaki namun hal ini tidak mematahkan semangat saya sebagai seorang wanita untuk menceburi bidang automotif,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi Reinie anak Dian, 17 dari Sarekei pula berkata dengan adanya program ini menggembirakan dirinya dan berharap agar peluang pekerjaan yang ditawarkandapat membantu keluarga yang jauh di kampung.

SF

Tinggalkan komen anda