
ALOR SETAR 30 Apr (Malaysiaaktif) — Enam lelaki termasuk dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan menggalakkan dan memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas.
Mereka adalah antara 17 individu yang ditangkap pada 5 April lalu kerana disyaki merancang menculik orang kenamaan, menyerang lokasi kepentingan kerajaan termasuk balai polis dan kem tentera.