Skip to main content
HomeViral

Dakwaan Berlaku Rombakan Kabinet Tidak Benar

By 12 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan terdapat rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman sosial.

Pejabat Perdana Menteri melalui akaun twitter ‘Msia PM Press Office’, berkata tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Senarai yang tersebar di laman sosial terutama melalui aplikasi WhatsApp memaparkan kononnya tujuh menteri dan timbalan menteri digugurkan daripada Kabinet.

Ia juga memaparkan senarai menteri dan timbalan menteri bagi setiap kementerian termasuk beberapa muka baharu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda