
SHAH ALAM, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Hujan Ribut yang melanda Petaling Jaya dan Shah Alam sebentar tadi menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan, termasuk di Batu Tiga dan Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana istiadat Konvokesyen Ke-82 berlangsung.
Di persekitaran Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) khemah untuk anggota keluarga graduan yang tidak dapat memasuki dewan terpelanting ditiup angin.
Foto yang diperoleh Malaysiaaktif menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah kereta remuk dihempap pokok di kawasan parkir kenderaan.
Sementara itu, di kawasan lain di sekitar kampus dilaporkan berlaku banjir kilat.