Skip to main content
Home

Kenyataan Media Datuk Seri Mustapha Mohamed

By 21 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Berikut kenyataan media oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan berhubung projek pembangunan negeri itu di bawah Rancangan Melaysia Ke-11 (RMK11).

“YAB Perdana Menteri tengahari tadi telah membentangan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) di Dewan Rakyat. Antara pengumumannya ialah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan projek tebatan banjir.

2.Projek pembangunan ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat Kelantan sama ada yang menetap di dalam negeri atau yang bermastautin di luar. Pembinaan lebuhraya tersebut amat-amat dinantikan, manakala pembesaran lapangan terbang sedia ada amat bertepatan kerana lapangan terbang sekarang sudah tidak dapat menampung permintaan semasa. Kedua-dua projek ini bukan sahaja menjanjikan kemudahan yang selesa buat penduduk tetapi juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri.

3.Projek tebatan banjir pula akan dapat membantu mengurangkan kerugian yang di alami oleh penduduk dan kerajaan pada setiap tahun.

4.Cadangan pembangunan ini membuktikan keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap Negeri Kelantan, terima kasih di atas cadangan pembangunan yang amat bermakna ini.

5.RMK-11 yang dibentangan oleh YAB Perdana Menteri adalah inklusif dan Negeri Kelantan turut diberi perhatian. Semoga tuduhan kerajaan pusat zalim akan berkurangan dan Kerajaan Negeri akan menghargai sumbangan Kerajaan Pusat ini.
(DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED)
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan

Tinggalkan komen anda