Skip to main content
EkonomiHome

Khazanah Lantik Pengarah Eksekutif Pejabat di India

By 21 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Malaysiaaktif) — Khazanah  Nasional  Berhad  (“Khazanah”) hari ini  mengumumkan  pelantikan  Chinta  Bhagat sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan, berkuatkuasa 15 Julai 2015. Beliau akan bertugas dan mengetuai  operasi  di  pejabat  Khazanah  di  Mumbai,  India  serta  menganggotai  pasukan kepimpinan dalam sektor penjagaan kesihatan global Khazanah.

Sebelum menyertai Khazanah, Chinta bertugas di McKinsey & Co  sebagai Rakan Kongsi Urusan di pejabat syarikat konsultan tersebut di Singapura. Di McKinsey, beliau juga salah seorang anggota kepemimpinan kanan bahagian Pelabur Utama serta Sistem dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.

Sepanjang tempoh kerjaya beliau yang menjangkaui 24 tahun, Chinta telah menimba pengalaman luas dalam bidang pelaburan, pemacuan prestasi syarikat portfolio serta pembentukan dan pelaksanakaan  sistem  tadbir  urus.

Sebelum  menyertai  McKinsey,  beliau  pernah  memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah firma kejuruteraan dan pembinaan di India. Chinta berkelulusan Sarjana Perniagaan dari INSEAD Business School dan merupakan arkitek bertauliah

Pelantikan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus mengukuhkan pasukan kepimpinan kanan Khazanah.

Baru-baru ini, Khazanah mengumumkan pelantikan  Mohamed Nasri Sallehuddin sebagai Pengarah Eksekutif, Perkhidmatan Korporat dan Sokongan; Omar Siddiq Amin Noer Rashid sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan (berkuatkuasa 1 Julai 2015); Javier Santiso sebagai Pengarah Eksekutif, Pelaburan yang berpangkalan di pejabat Khazanah London (berkuatkuasa 1 Ogos 2015); dan Latifah Daud sebagai Pengarah, Pengurusan Modal Insan Strategik. Dengan pengumuman ini, pasukan kepimpinan kanan Khazanah yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar, meningkat kepada 21 orang.

Tinggalkan komen anda