Skip to main content
HomeKolumnisRencana & PendapatViral

Polis Malaysia Perlu Lebih Tegas Terhadap Penjenayah

By 23 Mei 2015Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Raja Petra Kamaruddin

Rakyat tidak puas hati dan jika polis tidak bertindak lebih tegas, Barisan Nasional (BN) mungkin berhadapan dengan kekalahan pada Pilihanraya Umum akan datang. Oleh itu, boleh tidak kita melihat lebih banyak mayat dan pengurangan lanun dan penculikan? Rakyat Malaysia tidak tahan lagi dengan keadaan jenayah berleluasa sekarang.

Rakyat Malaysia kecewa berhadapan dengan masalah lanun dan penculikan. Rakyat mahu supaya kerajaan melakukan sesuatu, atau jika tidak mampu, berundur saja dan biarkan pembangkang mengambil alih.

Saya tidak pasti bagaimana jika Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Bolehkah beliau mengurangkan atau menghapuskan sama sekali kegiatan lanun dan penculikan, memandangkan pihak pembangkang belum lagi menjelaskan cara mereka dalam hal ini.

Bagaimana pun, saya masih ingat lama dahulu pada tahun-tahun 1980an dan 1990an apabila polis Malaysia menembak mati penjenayah ketika berlaku rompakan, atau pun dalam perjalanan untuk melakukan jenayah atau sebelum jenayah dilakukan.

Tindakan mereka tidak syak lagi mampu mengurangkan kadar jenayah dengan berkesan (kerana jumlah penjenayah menurun secara drastik) dan ia juga membolehkan negara menjimatkan wang dan pembaziran tenaga kerja untuk mendakwa penjenayah-penjenayah itu,  bagaimana pun, berjaya melepaskan diri kerana mereka menggunakan peguam-peguam hebat dan licik.

Saya masih ingat seorang sahabat dari Amerika Syarikat berkata dia amat menghormati cara Malaysia menangani masalah jenayah dan bertegas terhadap penjenayah. Beliau berharap Amerika Syarikat boleh melakukan perkara yang sama.

Apa pun, sejak tahun-tahun 1990an kita tiba-tiba sedar akan hak asasi manusia serta hak kebebasan awam dan kita tidak lagi menembak mati mereka yang melakukan jenayah dan mereka yang menimbulkan kesangsian. Dan sekarang rakyat Malaysia tidak lagi berpuas hati melihat keadaan sedemikian.

Mungkin kita perlu kembali ke era 1980an dan 1990an di mana polis digalakkan menembak dahulu dan menyoal kemudian, kalaulah orang yang ditembak itu masih hidup dan masih boleh bercakap. Itulah hari-hari berlalu apabila rakyat berasa selamat untuk berada di jalan raya atau makan di restoran tanpa kebimbangan.

Sudah tentu, kadang kala dalam peristiwa tembak menambak, orang yang tidak bersalah turut ditembak mati (dalam satu kes, ia membabitkan seorang wanita mengandung yang terus melahirkan anak.) Apabila ini berlaku di Amerika Syarikat mereka menyifatkannya sebagai ‘collateral damage’

Rakyat tidak berpuas hati dan sekiranya polis tidak bertindak keras, BN mungkin kalah dalam Pilihanraya Umum akan datang. Oleh itu, bolehkah kita mengharapkan lebih banyak mayat, pengurangan kegiatan lanun dan penculikan? Rakyat Malaysia tidak lagi mampu bertahan melihat gelombang jenayah sekarang ini.

— Terjemahan daripada artikel oleh Raja Petra Kamaruddin dalam ‘Malaysia Today.’

Tinggalkan komen anda