
JENGKA, 23 Mei (Malaysiaaktif) — Tiga orang terselamat apabila kenderaan mereka yang terlibat satu kemalangan di Jengka 17 terhumban ke dalam sungai di sini pagi tadi.
Pemandu kereta jenis Myvi itu sempat keluar menyelamatkan diri, sementara pasangan suami isteri dalam sebuah lagi kenderaan jenis Kia Citra di selamatkan penduduk tempatan.