ROMPIN 5 Mei (Malaysiaaktif) — Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin bersyukur proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin berjalan dengan lancar bersandarkan semangat demokrasi.Beliau yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, berkata tiada masalah berlaku antara kedua -dua parti yang bertanding sekali gus melancarkan perjalanan PRK ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Leban Condong pada selasa.Terdahulu beliau tiba di pusat mengundi pada pukul 8.24 pagi bersama isterinya, Datin Rozidah Abd Karim,dan tiga anak mereka Fahrizal, Fara, dan Shahida sebelum mengundi pada pukul 8.55 pagi.