Skip to main content
Home

Suhaimi Yakin Rampas Kerusi Permatang Pauh Daripada PKR

By 5 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
PERMATANG PAUH 5 Mei  (Malaysiaaktif) —  Memasuki fasa akhir berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, calon harapan Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin lebih berkeyakinan untuk merampas kerusi di kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR).Bagaimanapun, Suhaimi berkata, beliau dan jentera Barisan Nasional (BN) serta parti komponen akan terus ‘turun padang’ ke keseluruhan kawasan parlimen itu meliputi 71 ribu pengundi.Menjelang hari pengundian berbaki 2 hari lagi, Suhaimi berkata, BN berkempen meliputi 70 peratus kawasan di Permatang Pauh sehingga Isnin.

Dan pada Selasa, beliau mensasarkan untuk meningkatkan peratusan itu kepada 80 peratus.

Suhaimi berkata demikian selepas melawat ke Sekolah Pondok Kubang Ulu di Bukit Mertajam pada Selasa.

Dalam manifesto BN yang dilancarkan di Permatang Pauh, BN membuat akujanji untuk membina Sekolah Agama Berasrama Penuh serta memastikan peruntukan sewajarnya untuk semua jenis sekolah di Permatang Pauh dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dibawah teras pendidikan.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Tinggalkan komen anda