
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Yang diPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terlalu ghairah untuk menjatuhkan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak hingga sanggup mencadangkan agar hasrat beliau meletakkan jawatan dilakukan dengan kadar segera.
Pandikar Amin mengakui menyampaikan rasa tidak puas hati mengenai hal ehwal parlimen dengan Tun pada Mac lalu.
Beliau berkata, “Tun bukan menyuruh saya jumpa Dato Seri Najib untuk selesaikan masalah yang saya hadapi malah mencadangkan saya letak jawatan dengan kadar segera”
Tun, tambah beliau, telah memalukan dirinya kerana melanggar etika rahsia antara dua orang individu yang berbincang perkara yang sepatutnya tidak dizahirkan kepada orang lain.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di kediaman rasminya pada Selasa.