Skip to main content
HomeViral

Tun Ghairah Untuk Jatuhkan Najib, Kata Pandikar Amin

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) —  Yang diPertua  Dewan Rakyat  Tan Sri Pandikar  Amin Mulia berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  terlalu ghairah  untuk menjatuhkan  kepimpinan Dato Seri  Najib Tun Razak hingga  sanggup  mencadangkan  agar hasrat  beliau  meletakkan  jawatan  dilakukan  dengan  kadar  segera.

Pandikar  Amin  mengakui menyampaikan  rasa tidak puas hati mengenai  hal  ehwal  parlimen  dengan  Tun pada Mac  lalu.

Beliau berkata, “Tun bukan menyuruh saya jumpa Dato Seri Najib untuk selesaikan  masalah yang saya hadapi  malah  mencadangkan saya letak jawatan dengan kadar segera”

Tun,  tambah beliau, telah  memalukan  dirinya kerana  melanggar etika  rahsia  antara  dua orang individu yang berbincang perkara yang sepatutnya  tidak dizahirkan  kepada orang lain.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di kediaman rasminya pada Selasa.

Tinggalkan komen anda