
Oleh Herman Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Malaysiaaktif) — Satu kebakaran yang berlaku di Jalan Keramat berdekatan Taman Tasik Datuk Keramat pada kira-kira pukul 3 petang tadi memusnahkan dua buah rumah.
Bomba berjaya mengawal kebakaran selepas kira-kira 15 minit.
Menurut maklumat awal 10 orang yang terbabit kini ditempatkan di Dewan UMNO Keramat Tengah.
Punca kebakaran belum dipastikan.