Skip to main content
HomeViral

Mahkamah Tetapkan 13 Oktober Nilai Ganti Rugi The Edge

By 29 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Oktober depan untuk memutuskan penilaian ganti rugi terhadap semakan kehakiman The Edge Communications Sdn Bhd berhubung penarikan balik permit dua akhbar penerbitannya.

Pada Selasa, mahkamah turut menetapkan tarikh yang sama untuk membuat keputusan mengenai permohonan penangguhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Pada 21 September lalu, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan KDN untuk menggantung dua penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd.

Selain itu KDN diarahkan untuk membayar RM15,000 sebagai kos kepada syarikat penerbitan berkenaan.

Sebelum ini KDN menggantung permit penerbitan selama tiga bulan terhadap The Edge mulai 27 Julai lalu.

– MS

 

Tinggalkan komen anda