
Oleh Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Malaysiaaktif) — Parti Gerakan Rakyat Malaysia menekankan semangat perpaduan sebagai elemen penting dalam menjamin masa depan negara.
Setiausaha Agung parti itu, Datuk Liang Teck Meng berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti politik melampau.
“Kami sedar negara kita sedang berhadapan pelbagai cabaran yang bukan sahaja menjejaskan pembangunan sosio-ekonomi tetapi turut mengalih hala tuju pembangunan negara daripada haluan asal,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan semalam.
“Keadaan ini jika dibiarkan hanya mendatangkan kerugian besar kepada negara untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan orang ramai supaya tidak memainkan sentimen kaum bagi mengelakkan pencetusan dan masalah dalam kalangan rakyat.