Skip to main content
HomeViral

Ng Chow Seng, 80, Wira Angkat Berat Negara

By 30 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Malaysiaaktif) – Nama Ng Chow Seng cukup gah di persada antarabangsa setelah  terpahat di World Weightlifting Hall of Fame.

Lebih manis apabila beliau menerima emas keempatnya bagi kategori 69kg, 80-84 tahun di World Masters Weightlifting Championship 2015 di  Rovaniemi, Finland yang berlangsung dari 12 hingga 19 September lalu.

 

IMG_2447

 

Ng yang berusia 80 tahun merupakan bekas Pegawai Waran 2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah bersara pada 1984. Pada era 60-an beliau juga pernah berkhidmat bersama Pasukan Pengamana Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menangani Krisis Congo, Afrika.

Jurulatih bertauliah dalam sukan tinju dan angkat berat ini turut menjadi teraju utama dalam mengangkat nama pasukan paralimpik negara.

“Saya menangis bangga apabila lagu Negaraku berkumandang setelah menggodol emas. Saya ingin terus mengharumkan nama negara untuk temasya September tahun hadapan di Heinsheim, Germany. Saya ingin terus melihat dunia,” kata datuk kepada enam cucu ini bersungguh-sungguh.

Beliau ditemui ketika majlis lawatan rasmi Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Wira Mohamad Baharom di Ibu Pejabat Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Wisma Pahlawan tengah hari tadi.

Mohamad menyampaikan cenderahati khas dan insentif sebanyak RM2, 000 kepada wira negara itu.

Beliau juga mengharapkan lebih ramai Veteran ATM akan menyertai persatuan yang telah menjangkau seramai 130, 000 ahli itu.

Tambahnya, “Kami juga dalam usaha untuk mencari tempat bagi mendirikan rumah kebajikan untuk melindungi veteran ATM yang tinggal sebatang kara”.

 

Tinggalkan komen anda