
Oleh Pradeeb Kumar Velayutham
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Malaysiaaktif) – Ramai yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham adik Faris Danish Akasha Fauzi di atas kehilangan anak tercinta.
Adik Faris, 9 tahun yang menghidap kanser pernah menyuarakan cita-citanya untuk menjadi seorang pegawai polis dan hasratnya telah direalisasikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Program khas yang menjadikan adik Faris sebagai ‘pegawai polis’ telah diadakan pada 29 Mei 2015.
Adik Faris kembali ke Rahmatullah pagi semalam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Sunway, Selangor.