
Oleh : Wan Muhamad Zikri Wan Kamis
KANGAR, 4 Okt (MalaysiaAktif) — Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar kerana negeri paling utara di Malaysia ini kini dilanda jerebu.
Sehingga pukul 7.00 malam ini indeks pencemaran udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia menunjukkan bacaan 105, iaitu di paras tidak sihat.
Sementara itu, Pengarah Pendikan Negeri Perlis, Haji Rooslee Haji Ismail telah mengeluarkan penutupan sekolah di seluruh negeri Perlis selama dua hari, iaitu pada 5 Oktober dan 6 Oktober 2015.
Arahan penutupan sekolah adalah pengumuman Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan, memakai topeng muka dan banyak meminum air.
Suasana di beberapa kawasan riadah di Perlis juga menunjukkan tidak ramai rakyat Perlis keluar beriadah dan bersukan akibat jerebu.