Skip to main content
Berita Tempatan

Sistem Parol  Mampu Memberi Sumbangan Kepada Negara

By 4 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 4 OKT (Malaysiaaktif) —  Orang DiSelia (ODS), iaitu  Program Pemulihan Pemasyarakatan boleh membuktikan kepada masyarakat bahawa banduan mampu memberi sumbangan kepada negara.

Menurut Pengarah Jabatan Penjara Kedah, institusi penjara bukan tempat untuk menghukum pesalah semata-mata, tetapi sebagai institusi koreksional yang membimbing banduan insaf menjadi individu berguna bagi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Beliau berkata, Jabatan Penjara memerlukan penglibatan dan komitmen daripada masyarakat dalam memberi bimbingan dan peluang kepada ODS menjalanai kehidupan sebagai manusia biasa.

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh Penguasa Penjara, Jamal Awang Kechik, beliau menyeru  agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat membantu merealisasikan pelaksanaan Sistem Parol yang diperkenalkan sejak 2007.

Ini, katanya boleh mengurangkan kesesakan banduan di penjara dan sekali gus mampu mencapai matlamat membantu banduan menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Program Temuseru Ikatan Mesra Bersama Masyarakat anjuran  Parol dan Perkhidmatan Komuniti Masjid Sultan Abdul Halim Taman Ria Jaya dan KRT PPR 2 Flat Paya Nahu bersama Persatuan Badan Bukan Kerajaan dan Komuniti Setempat hari ini.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda