Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

JPAM Pulau Pinang Siap Siaga Hadapi Banjir

By 29 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ahmad Faiz Mansur (Georgetown)

GEORGETOWN, 29 Okt (Malaysiaaktif) — Jabatan Pertahanan Awam Pulau Pinang (JPAM) bersedia dalam berdepan kemungkinan berlakunya banjir besar di Pulau Pinang.

Pihak JPAM dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Pengurusan Bencana daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada September lalu.

Ketua Unit Bahagian Bencana dan Operasi JPAM Pulau Pinang, Leftenan Muda Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, pihak JPAM Pulau Pinang menubuhkan Pasukan Tindak Balas Komuniti Kecemasan di mana pelancaran di peringkat negeri Pulau Pinang diadakan pada 4 Oktober  lepas bertempat di Politeknik Seberang Perai.

Beliau berkata, pasukan ini terdiri daripada ahli Jawatankuan Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dari seluruh Pulau Pinang.

Menurut beliau lagi, melalui penubuhan Pasukan Tindak Balas Komuniti Kecemasan, pihak JPAM telah memberi latihan dan penerangan pelbagai modul tentang menghadapi ancaman bencana alam.

 

Tinggalkan komen anda