Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

[VIDEO] Nur Adil Melambung Dilanggar Kereta

By 29 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

BUTTERWORTH, 29 Okt — Satu kemalangan membabitkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang cuba menyeberang Jalan Permatang Pauh menjadi viral dalam media sosial setelah kejadian dirakamkan oleh kamera video dalam kereta.

Video berdurasi  satu minit itu memaparkan saat-saat Nur Adil Hakim Mohammad melambung setelah dilanggar kereta pada kira-kira pukul 3.45 petang Ahad lepas.

Walau bagaimanapun, pelajar tahun tiga SK Permatang Pauh itu terselamat dengan hanya mengalamai kecederaan ringan di bahagian kepala, pipi kanan dan kaki.

Menurut ibunya, Rusmawati Abdul Rahman 41, Nur Adil meninggalkan rumah untuk pergi memancing tanpa pengetahuannya sejurus sebelum kemalangan berlaku.

“Saya amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kawannya.

“Alhamdulilah dia tidak mengalamai apa-apa kecederaan dalaman,” katanya semalam.

Rusmawati berkata anaknya dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya tetapi dibenarkan keluar pada hari berikutnya.

 

Tinggalkan komen anda