Skip to main content
HomeWilayah Persekutuan

KDN Tidak Kompromi Dengan Syarat Pengawal Keselamatan

By 13 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Anuar Ibrahim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Malaysiaaktif) — Berkuatkuasa 1 Januari 2016, semua pengawal keselamatan wajib memakai pakaian seragam satu jenis kombinasi warna dengan sistem pangkat dan susunan aksesori pakaian yang juga seragam.

Ini bertujuan memperbaiki imej pengawal keselamatan supaya setaraf dengan anggota pasukan keselamatan lain, seperti polis dan tentera.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) I, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, selain itu bermula tahun ini, semua ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat keselamatan diwajibkan mengikuti Kursus Pengurusan Syarikat Kawalan Keselamatan sebagai salah satu syarat untuk memperbaharui lesen bagi tahun 2016.

Beliau juga mengingatkan bahawa KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang gagal menapis identiti serta status pengawal masing-masing menurut kriteria KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui semakan biometrik.

Nur Jazlan berkata demikian dalam program yang julung kali diadakan oleh KDN bersama hampir 800 agensi keselamatan dan syarikat persendirian di Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

 

 

Tinggalkan komen anda