
Oleh Mahyuddin Abdul Rani & Azrul Hasan
SEBERANG PERAI, 6 Okt (Malaysiaaktif) — Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah treler 40 kaki di Sungai Bakap pagi tadi.
Mangsa yang dipercayai berketurunan Cina dan berusia linkungan 40 tahun itu dilanggar berikutan kegagalan brek treler tersebut.
Kemalangan Kemalangan yang berlaku di Jalan Tasek Mutiara itu Ā disahkan oleh Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Rosli Abdullah setelah mendapat laporan pada kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Menurut beliau, sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima laporan dan mendapati mangsa mati terperangkap di bawah treler.
Mangsa dibawa keluar dengan bantuan forklift dan seterusnya dibawa ke hospital berhampiran untuk bedah siasat.